Sunday, 27 September 2015

a)    Kedatangan Parameswara 
1.     Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2.     Majapahit kuasai  Palembang dan  Temasik.
3.     Raja Palembang & puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di Palembang
4.     Majapahit menyerang Palembang,
5.     Parameswara berundur keTemasik.
6.     Di Temasik, Parameswara disambut baik Temagi
7.     Temasik  di bawah naungan Siam.
8.     Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik kerana Temasik pernah jadi  naungan Srivijaya.
9.    Parameswara  bunuh Temagi.
10. Majukan Temasik bagi kembalikan kegemilangan Srivijaya
11.  Pembunuhan Temagi menyebabkan :
i.  Siam ingin menuntut bela,
ii. Majapahit ingin menakluki Temasik.
12.  Parameswara dan Orang Laut  berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit.
13.  Dari Muar –  ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14.  Tiba di perkampungan nelayan.
15.  Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu,, Orang Laut dan  Orang Asli.
16.  Tempat sesuai kerana berhampiran laut – laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air
17.  Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk kpd pelayar & memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18.  Pokok bakau dan api-api menjadi benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula
19.  Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan.

(2)   Asal-usul nama Melaka.

a)    Berasal daripada nama pokok.
1.     Parameswara berehat di bawah pokok Melaka – terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya.
2.     Peristiwa dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3.     Tempat tersebut didirikan kerajaan
4.  Menamakan nama Melaka sempena nama pokok
b)    Berasal daripada istilah Arab.
1.     Pedagang Arab – Melaka “Mulaqah” bermaksud “pertemuan”.
2.     Melaka disebut “Malakat” bermaksud “perhimpunan segala dagang”.
c)     Berasal daripada bahasa Sanskrit.
1.     Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali  “Amalaka”.
2.     Menurut mitos Hindu, “Amalaka” ialah pokok pertama yang hidup di alam semesta.
3.     Pokok dikaitkan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4.     Buah pokok – dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

No comments:

Post a Comment